Pagi semalam, Alyssa menangis teresak - esak

Pagi semalam, Alyssa menangis teresak - esak. Dari bangun tidur sampai dah siap masuk ke dalam kereta untuk ke tadika.
Kenapa?
Kerana Alyssa bertekad nak bangun tidur jam 6 pagi. Sebaliknya Alyssa bangun jam 6.45 pagi.
"Alyssa nak jam ring."
Jam ring yang dimaksudkan adalah jam loceng atau alarm clock. Permintaannya ringkas. Bukannya mahal mana pun. Niat Alyssa juga baik.
Ini adalah peluang terbaik untuk membentuk Alyssa menjadi seorang 'morning person'. Setiap pagi Alyssa akan bangun awal dan bangun dengan gembira dan ceria.
Jadi, saya buat perjanjian dengan Alyssa.
"Kalau Alyssa good girl, papa belikan Alyssa jam ring."
Malam tadi, sebelum 'bedtime story', saya serahkan 'her well deserved present'. Bukan mahal mana pun hadiahnya. RM 7 sahaja dari kedai Mr DIY.
Senyuman yang terpancar dari muka Alyssa lebih besar nilainya berbanding harga jam tersebut. Sangat berbaloi Papa rushing singgah Mr DIY walaupun perlu bekejar untuk menghantar Alyssa dan Daniel ke kelas renang.
Semoga dengan hadiah yang ringkas ini, Alyssa boleh bangun solat Subuh sendiri tanpa disuruh dan jadi anak yang solehah. Boleh bimbing sekali adik adik di masa hadapan.
Take home message.
Kadang - kadang, reaksi ibu bapa apabila anak - anak meminta sesuatu adalah "tak boleh" tanpa memikirkan betul - betul samada permintaan tersebut baik atau tidak. Saya pun macam tu suatu ketika dahulu.
Tapi kini, saya lebih suka memikirkan dahulu adakah permintaan anak - anak boleh memberi kesan positif atau tidak. Jika ia boleh membentuk kreativiti atau dan menjadikan anak - anak lebih berdikari, saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan.
Sebagai ibu bapa, kita harus ingat quote ini:
"A single word can make or break a child's future. A single act of encouragement can determine your child's success or failure."
Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Papa Daniel
#papadaniel
#jamring
#parentingstuff
12/02/2018
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=686007591
Pagi semalam, Alyssa menangis teresak - esak
4 Komen:
Azizi Khairul Annuar
27-01-2018, 11:08:15
Terbaik mok. Tp kadang kala ada juga kita terus kata "boleh" ok ya tanpa memikirkan kesan. Tp tak tunaikan pun. :D
Nadh HAha
27-01-2018, 11:08:15
Mohammad Thoha
Shahira Shikin Sharifah Norashikin
27-01-2018, 11:08:15
muka alyssa mcm muka bdk dlm iklan ubat gigi tu laaaaaa....alaaa...ubat gigi safi ke apatah...yg dia dukung kucing tu...n kene mrh dgn mak....
Mohammad Redzuan Othman
27-01-2018, 11:08:15
Alyssa ingat tak tiga perkara yang tok pesan?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *