"Doktor, tolong tengok X ray makcik saya ni

"Doktor, tolong tengok X ray makcik saya ni. Nak start ubat apa ye?"
Maaf, saya tak dapat beri rundingan kesihatan macam ni.
Bukan sebab sombong.
Bukan sebab mahukan duit.
Doktor perubatan merawat pesakit. Bukan merawat keputusan X ray dan keputusan darah. Saya harus tahu apa indikasi ujian (investigations) dibuat. Apa simptom pesakit. Apakah penemuan (findings) ketika pemeriksaan fizikal.
"The eyes cannot see what the mind can't see"
Jika saya tak ketahui sejarah pesakit batuk berapa lama dan samada ada demam atau tidak, sukar untuk saya buat diagnosis samada ia jangkitan atau tidak.
Jika saya tidak pasti di mana ada 'crepts' di ruang paru paru, mungkin saya akan terlepas pandang 'findings' di dalam X ray dada.
Iya, penjual produk penipu dan Tok Bomoh mudah je boleh berikan diagnosis. Mereka tu jual barang, mesti ada udang disebalik batu.
Doktor perubatan hanya manusia biasa. Bukan Jin, bukan ahli silap mata. Kami kemukakan diagnosis melalui analisa maklumat yang ada. Jika maklumat tidak lengkap, kami khuatir ia lebih mudarat daripada membawa manfaat.
Dr Ahmad Firdaus
Pegawai Perubatan
Medical Mythbusters Malaysia
12/02/2018
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=686007591
1 Komen:
Ieja Farah
27-01-2018, 11:08:15
Yes.The eyes don't see what the mind doesn't know.Applies both to medical personnel & general public.Ramai sgt yg percaya dgn mcm2 produk mengarut out there.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *