Bila breakfast di Ipoh je, mesti orang ingat New Hollywood & Stadium Ipoh sahaja

Bila breakfast di Ipoh je, mesti orang ingat New Hollywood & Stadium Ipoh sahaja. Ya, dua tempat tu memang menyediakan hidangan breakfast yang sedap dan menarik. Tapi alang - alang dah sampai ke Ipoh, cer try makan di Suhaimi Cafe.
Lokasi mungkin agak jauh dari Pekan Ipoh (Ipoh people standard), tapi untuk orang Key Ell, perjalanan 15 minit takde la jauh mana. Silibin ni pun dah dekat dengan Bandar Meru. Alang - alang nak ke MAPS, boleh la singgah sini dulu.
Apa yang best gerai ni?
Bagi saya, hidangan roti - rotinya.
Roti titab di sini agak decent (Kota Baru punya of course lagi sedap). Telur goyang nya cukup sifat goyang. Roti home made pun rasa fresh. Harga satu set RM 4.50. Roti Titab ni Saidatul Akmar yang order.
Saya order Roti Benggali cicah Kari Ayam. Again, roti Benggalinya cukup sifat. Fresh. Lembut je rotinya. Karinya pun sedap. Tidak terlalu lemak. Just nice. Portion ayam pun banyak. Saya makan jam 830 pagi, pukul 4 petang masih rasa kenyang. Harganya pula hanya RM 5.80 satu set.
Apa lagi, kalau banyak hari stay di Ipoh, jangan lupa masukkan Suhaimi Cafe dalam itinerary jalan jalan cari makan (JJCM) anda.
Ahmad Firdaus Mohd Haris
Doctor Makan
#doctormakan
#jjcm #jalanjalancarimakan
#xiaoyi
Shot with Yi Lite Action Camera.
12/02/2018
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=686007591
Bila breakfast di Ipoh je, mesti orang ingat New Hollywood & Stadium Ipoh sahaja
4 Komen:
Hasmiera Mat Lias
27-01-2018, 11:08:14
Anis Mahira
SazOne Sham
27-01-2018, 11:08:14
Terima kasih info. Nampak sedap.
Kema Eijan
27-01-2018, 11:08:14
Aizan Sani Jom le
Ratni Jalal
27-01-2018, 11:08:14
Vietnamese coffee die sedap sgt.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *